Friday, October 4, 2013

I'rab الم dan Perbahasan Ulama' Mengenainya

Assalamualaikum… alhamdulillah kepada Allah swt tuhan sekalian alam yang telah menganugerahkan kita iman. Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan menempatkan kita ke dalam syurgaNya. Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit kepada antum semua mengenai sesuatu yang sangat menarik. Dengan izin Dia yang maha agung, saya akan menulis mengenai perbahasan para ulama’ mengenai I’rab fawatih as-suwar (فواتح السور ) pembuka-pembuka surah iaitu ( الم ) dan kawan – kawannya. Huruf – huruf ini sering kita jumpai dan membacanya dalam al-Quran al-Karim tetapi adakah kita pernah memikirkan apakah I’rabnya?