Monday, December 31, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 3)

ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا) (¿cómo está). Ana harap agar kesihatan antum semua sihat dan hidup dalam iman dan amal yang sempurna mengikut sunnah Nabi SAW. Seperti yang ana janjikan pada antum sekalian pada post lepas, insya Allah akan ditulis dan disambung pada bahagian ketiga. Bagi sesiapa yang belum membaca bahagian pertama dan kedua, boleh bacanya pada link ini ye : 


Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)
Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 2)

Bahagian ketiga lebih kepada ilmu sorof kerana ia melibatkan bentuk perkataan bukannya huruf. Jadi mungkin saya tidak akan menerangkan secara terperinci kerana saya akan menulis di dalam blog saya mengenai ilmu sorof. Mungkin secara terperinci saya akan tulis di bahagian sorof. Maka memadailah gambaran sahaja di sini ye.. ^_^

1.  المصغر / التصغير (al-mushaghar / at-tashghir) dikecilkan.

Saya yakin ramai di kalangan pelajar tidak mengetahui istilah ini. Sekiranya kita mempelajari ilmu sorof, istilah ini dikenali sebagai (اسم التصغير). Yang memberi makna sesuatu isim itu dikecilkan acuannya atas sebab – sebab tertentu. Saya tidak akan terangkan sekarang sebab saya akan terangkan ini dalam bahagian sorof nanti insya Allah Taala.. sekarang saya akan beri gambaran asas sahaja.

Wazan bagi isim tashghir pada isim yang feelnya terdiri daripada tiga huruf adalah (_ ُ_َ يْ _ ) atau dalam wazan adalah (فُعَيْل) [fua’ail]. Bukan hanya wazan ini sahaja, sebenarnya terdapat wazan lain pada isim yang feelnya lebih daripada 3 huruf tapi saya takut antum pening nanti. So saya akan terangkan dalam bahagian sorof nanti. Saya akan bagi contohnya , ok.. :

عتيبة وهو مصغر

Maknanya : (عتيبة) dan ia adalah mushaghar (dikecilkan) [عُتَيْبَة].

2.  المكبر / التكبير (al-mukabbar / at-takbir) dibesarkan.


Istilah ini adalah lawan bagi istilah (المصغر). Wazannya yang asas adalah (فَعِيْل) [fai’il]. Contohnya adalah seperti berikut :


Maksudnya : (لعقيل) dengan dibariskan atas huruf a’in dalam keadaan mukabbir (dibesarkan)[عَقِيْل].

Sekarang kita bezakan kedua – dua istilah di atas dan apakah kepentingannya. Sebenarnya istilah ini sangat penting untuk memahami ayat dan perkataan kerana kitab arab tidak berbaris jadi mungkin pembaca akan membaca dengan baris yang lain dan akan menyebabkan makna ayat tertukar. Saya beri satu contoh hadis dalam Sahih al-Bukhari dalam kitab (الشروط) syarat – syarat :

حدثنا أبو أحمد حدثنا محمد بن يحيى أبو غسان الكنانى أخبرنا مالك عن نافع عن ابن عمر - رضى الله عنهما - قال لما فدع أهل خيبر عبد الله بن عمر ، قام عمر خطيبا فقال إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان عامل يهود خيبر على أموالهم ، وقال « نقركم ما أقركم الله » . وإن عبد الله بن عمر خرج إلى ماله هناك فعدى عليه من الليل ، ففدعت يداه ورجلاه ، وليس لنا هناك عدو غيرهم ، هم عدونا وتهمتنا ، وقد رأيت إجلاءهم ، فلما أجمع عمر على ذلك أتاه أحد بنى أبى الحقيق ، فقال يا أمير المؤمنين ، أتخرجنا وقد أقرنا محمد - صلى الله عليه وسلم - وعاملنا على الأموال ، وشرط ذلك لنا فقال عمر أظننت أنى نسيت قول رسول الله - صلى الله عليه وسلم - « كيف بك إذا أخرجت من خيبر تعدو بك قلوصك ، ليلة بعد ليلة » . فقال كانت هذه هزيلة من أبى القاسم . قال كذبت يا عدو الله . فأجلاهم عمر وأعطاهم قيمة ما كان لهم من الثمر مالا وإبلا وعروضا ، من أقتاب وحبال وغير ذلك

Jadi kita hanya tumpukan perkataan (هزيلة) pada ayat (كانت هذه هزيلة من أبي القاسم). Bagaimana kita ingin membaca perkataan ini, adakah dengan mukabbar [هَزِيْلَة] atau dengan mushaghar [هُزَيْلَة]. Mari kita lihat dalam kitab Fathul Bari syarah Sahih al-Bukhari, al-Hafiz berkata :
Maksudnya : (هزيلة) adalah tashgir (pengecilan) daripada perkataan (الهزل).

Jadi perkataan (هزيلة) adalah tasghir iaitu (هُزَيْلَة) bukannya mukabbar (هَزِيْلة). Saya bagi lagi satu contoh lain :

بشير بن كعب

Bagaimana kita hendak membariskan (بشير), adakah dengan mushaghar atau mukabbar? Jadi kita akan dapati sebutan yang betul di dalam kitab Taqrib at-Tahzib karangan al-Hafiz Ibn Hajar :

Maksudnya : (بشير) mushaghar, anak kepada Ka’ab bin Abi Humairi al-A’dwi, Abu Ayub al-Basri, seorang thiqah, mukhadhram, daripada thabaqat kedua.

Jadi sekiranya kita menyebut dengan sebutan mukabbar iaitu Basyir, maka sebutan kita adalah salah kerana sebutan yang sebenar adalah mushaghar iaitu Busyair.

3.  المهموز / الهمز (al-mahmuz / al-hamz) perkataan yang diakhiri dengan hamzah.
Ini adalah istilah bagi bentuk perkataan yang diakhiri dengan huruf hamzah. Sebagai contoh petikan dari kitab Fathul Bari karangan al-Hafiz ketika mensyarahkan pada bab [كيف كان بدء الوحي إلى رسول الله] dengan menaqalkan kata – kata al-Qadhi ‘Iyadh :

Maksudnya : (بدء الوحي) telah berkata ‘Iyadh : diriwayatkan dengan huruf hamzah bersama disukunkan huruf dal (د) yang membawa maksud (الابتداء) [permulaan], dan tanpa hamzah bersama didhommahkan huruf dal (د) dan ditasydidkan huruf wau (و) [بَدُوّ] yang membawa maksud (الظهور) [zahir/nyata]….

Saya terangkan apa yang diterangkan dalam syarah di atas. Al-Qadhi ‘Iyadh bermaksud, dalam bab itu ditulis perkataan (بدء) dengan huruf hamzah dihujungnya yang memberi maksud permulaan. Jadi bab itu adalah [كيف كان بدء الوحي إلى رسول الله] yang membawa maksud (bagaimana dulunya permulaan wahyu kepada Rasulullah saw). Al-Qadhi ‘Iyadh juga berkata bahawa terdapat riwayat lain dalam Sahih al-Bukhari yang ditulis pada bab itu (بدو) dengan huruf wau (و) bukannya huruf hamzah (ء), maka maksudnya menjadi “zahir” bukannya “permulaan”. Jadi bab itu adalah  [كيف كان بدو الوحي إلى رسول الله] yang memberi makna (bagaimana dahulu zahirnya wahyu kepada Rasulullah saw]. Mesti pening kan.. ini lah bahasa arab , bahasa yang terperinci berbeza dengan bahasa lain.

4.  الممدود / المد (al-mamdud / al-mad) yang dipanjangkan.
Ini pula adalah bentuk perkataan yang dipanjangkan hujungnya. Maksudnya adalah perkataan tersebut diakhiri dengan huruf alif (ا) diikuti dengan huruf hamzah (ء), kerana kita akan menyebutnya secara panjang dihujung perkataan. Contohnya perkataan :
الصحراء : بالمد
Bermaksud : (الصحراء) dengan hujungnya dipanjangkan.

5.  المقصور / القصر (al-maqshur / al-qashr) yang diakhiri dengan alif maqshurah.
Istilah ini dipakai pada bentuk perkataan yang diakhiri dengan alif maqshurah (ى). Saya tidak akan terangkan di sini kenapa dipanggil (القصر) kerana saya akan terangkan pada bahagian sorof nanti insya Allah.. contohnya :

والسلى مقصور بفتح المهملة

Maksudnya : (والسلى) diakhiri dengan alif maqshurah dengan dibariskan atas huruf yang tidak bertitik (س).

Saya akan berikan kepada antum semua satu contoh yang saya ambil daripada kitab Awjazul Masalik Ila Muwatha’ Malik karangan Zakaria al-Kandahlawi :

Maksudnya : (الضحاء) telah berkata al-Buni : dengan huruf dhod (ض) yang berbaris atas dan dipanjangkan akhirnya. Itu adalah kepanasan siang dan ia adalah muzakkar. Manakala dengan baris dhommah dan diakhiri dengan alif maqshurah [الضحى], maka ia adalah waktu ketika terbitnya matahari dan ia adalah muannas….

Jadi inilah istilah – istilah yang kita akan jumpai dalam kitab turath dan bagi saya ini sangat penting kepada pembaca – pembaca kitab turath mengetahuinya kerana istilah – istilah ini adalah sebahagian daripada kitab turath iaitu penulisan para ulama’. Mungkin post akan datang saya akan share sumber – sumber yang disepakati dan tidak disepakati untuk menjadikan dalil dalam ilmu nahu.

Jadi saya sangat – sangat minta maaf kerana perbincangan kali ini terlalu panjang sehinggakan saya bahagiakan pada tiga bahagian. Saya ucapkan syukran jazilan, gracias, terima kasih kepada mereka yang sudi membaca. Jangan lupa doa supaya Allah sebarkan hidayat ke serata alam dan jadikan saya orang yang sanggup berkorban dalam agamaNya.(^_^)

Wassalam…

No comments:

Post a Comment