Showing posts with label Ilmu Nahu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Nahu. Show all posts

Friday, October 4, 2013

I'rab الم dan Perbahasan Ulama' Mengenainya

Assalamualaikum… alhamdulillah kepada Allah swt tuhan sekalian alam yang telah menganugerahkan kita iman. Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan menempatkan kita ke dalam syurgaNya. Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit kepada antum semua mengenai sesuatu yang sangat menarik. Dengan izin Dia yang maha agung, saya akan menulis mengenai perbahasan para ulama’ mengenai I’rab fawatih as-suwar (فواتح السور ) pembuka-pembuka surah iaitu ( الم ) dan kawan – kawannya. Huruf – huruf ini sering kita jumpai dan membacanya dalam al-Quran al-Karim tetapi adakah kita pernah memikirkan apakah I’rabnya?

Thursday, September 26, 2013

Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum warahmatullah.. sudah lama saya tidak menulis semenjak balik bercuti di Malaysia 3 bulan lebih kerana sibuk dengan bengkel bahasa arab dan jalan – jalan bersama keluarga tercinta dan kawan – kawan lama. Sekarang saya sudah berada di Jordan, al-Mafraq bumi para anbiya’ dan sudah mula kuliyah. Jadi saya akan berkongsi kepada para pembaca yang dirahmati sebelum kesibukan datang pada diri saya. Sebelum itu saya ingin menunaikan janji saya pada penulisan yang lepas untuk menyambung menulis mengenai Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu.

Monday, March 25, 2013

Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 1)


Assalamualaikum, selamat pagi dan sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Sudah lama saya tidak menaip di blog ini kerana terlalu sibuk, sejak selepas keluar di France hari tu. Banyak saya nak kongsikan kepada antum mengenai ahwal Islam di sana, tapi bukan hari ini. Insya Allah saya akan memberi laporan khuruj di Perancis pada hari lain.

      Sepertimana yang saya telah janjikan pada artikel lepas bahawa saya akan menulis mengenai sumber – sumber yang disepakati dan tidak dalam ilmu nahu dan dalam perkataan lain apakah sumber – sumber untuk dijadikan dalil dalam ilmu nahu. Dan insya Allah , akan dikongsikan pada kali ini tetapi mungkin penulisan pada tajuk ini akan menjadi panjang kerana saya ingin menghuraikan seperincinya mengenai hal ini, kerana ramai dalam kalangan pelajar walhal pelajar bahasa arab sekalipun tidak mengetahuinya. Meskipun begitu [ceh, ayat skema sangat ^^], akan dibahagikan pembincangan ini pada beberapa bahagian secara berkala dikhuatiri panjang sehingga tuan-tuan dan puan-puan jemu membacanya.