Assalamualaikum,
Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا), selamat pagi (صباح الخير) kepada mereka yang berada di Jordan
sekarang dan selamat petang (مساء الخير) kepada mereka yang berada di Malaysia
tanah airku yang tercinta. Hari ini saya akan berkongsi mengenai beberapa
kepentingan mempelajari bahasa arab. Pada post yang lalu, saya telah cerita
kepada kamu semua mengenai faedah – faedahnya kan. Mungkin nampak macam sama sedikit
tetapi kali ini saya akan terangkan secara lebih mendalam. Saya bukanlah begitu
pandai dalam bahasa arab, tetapi niat saya adalah semua orang yang membaca
artikel ini akan dapat manfaat daripadanya. (^_^).
Ok.. hari tu kan saya
sudah terangkan yang bahasa arab ini sebenarnya tidaklah susah. Mungkin kita
akan dapati kesusahannya pada peringkat permulaan, tetapi sekiranya kita sudah
menguasai sedikit, insya Allah kita boleh lakukan. Kita janganlah anggap yang
bahasa arab ini susah maka kita tidak perlu belajar. Tetapi kita anggaplah
bahawa kita mempelajari bahasa arab ini sebab ia adalah
bahasa tuhan kita Allah swt dan bahasa nabi dan tanda cinta akanNya dan Rasulullah saw. Baiklah, saya tidak mahu memanjangkan kata-kata, saya akan mulakannya dengan bismillahirrahmanirrahim.
bahasa tuhan kita Allah swt dan bahasa nabi dan tanda cinta akanNya dan Rasulullah saw. Baiklah, saya tidak mahu memanjangkan kata-kata, saya akan mulakannya dengan bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya, bahasa arab
ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kerana kita sering
gunakan beberapa perkataan walhal seluruhnya di dalam solat, zikir, doa dan
sebagainya. Pertama, bahasa arab ini merupakan bahasa kepada sumber pertama
orang Islam iaitu al-Quran diikuti dengan sumber yang kedua iaitu hadis baginda
saw. Baginda saw adalah berasal daripada kaum Arab Quraisy dan beliau
menggunakan bahasa arab di dalam kehidupannya. Kita juga sering membaca
hadis-hadis baginda saw. Tahu tak, yang nabi saw apabila bercakap, baginda saw
tidak bercakap panjang malah nabi saw bercakap dengan percakapan yang pendek
dan ringkas tetapi maknanya sangat mendalam. Kadang – kadang nabi bercakap
dengan satu perkataan sahaja, kadang – kadang dengan satu ayat yang pendek. Ini
cuma kita akan dapati dalam bahasa arab sahaja kerana ini adalah
keistimewaannya. Kefahaman dalam al-Quran dan hadis memang terletak dalam
kefahaman kita dalam bahasa arab. Saya tidak tipu, memang betul. Tahu atau
tidak, sebenarnya sekarang ini sekiranya kita membaca al-Quran dan kita membuka
terjemahannya dalam bahasa lain, sebenarnya kita bukannya membaca makna
al-Quran itu mengikut kefahaman kita, tetapi kita membaca terjemahan al-Quran
mahupun hadis mengikut kefahaman penterjemah seperti mana yang telah saya
sebutkan pada post lalu. Saya bagi satu contoh kalau kita baca sebuah kitab
hadis mahupun feqh yang telah diterjemahkan dalam bahasa lain, maka kita tidak
akan dapati dan tahu uslub (gaya bahasa), penggunaan ayat dan prosa yang
telah digunakan oleh penulis kitab tersebut. Jadi, dengan itu kita tidak dapat menilai
kehebatan penulisan seseorang sekiranya kita hanya tumpu pada terjemahan sahaja
bahkan sebenarnya kita membaca apa yang penterjemah faham dalam ayat tersebut
kerana kadang – kadang penterjemah perlu menggunakan perkataan yang lain untuk
memberi kefahaman kepada mereka yang membaca ataupun terpaksa menukar ayat
supaya tidak pening.
Sekarang saya akan bagi
gambaran secara mendalam betapa pentingnya kita mempelajari bahasa arab.
al-Quran adalah bahasa Allah swt dan di dalamnya terdapat kehebatan dan
keindahan yang tidak seseorang pun boleh mencipta atau membuat standing dengan al-Quran.
Allah swt berfirman (17 : 88) :
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا
بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ
لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
“Katakanlah
(wahai Muhammad) : “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan
tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka
tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri”. Surah al-Isra’ ayat 88.
Justeru itu, penggunaan bahasa dalam al-Quran sangat
mendalam dan setiap penggunaanya walaupun membawa maksud yang sama dan berbeza
perkataan juga akan mengeluarkan najihah yang berlainan. Sebagai contoh, Allah
swt menggunakan perkataan (مطر) dan (غيث) dalam
al-Quran. Kedua – dua perkataan tersebut memberi makna yang sama iaitu hujan
tetapi sebenarnya ia memberi keadaan yang berbeza sekiranya kita mempelajari
bahasa arab secara mendalam. Perkataan (مطر) sebenar di dalam al-Quran membawa maksud hujan tetapi bukannya
hujan biasa bahkan ia adalah hujan yang menunjukkan azab. Sepertimana yang
disebutkan dalam surah al-Furqan (25 : 40) :
وَلَقَدْ أَتَوْا عَلَى الْقَرْيَةِ الَّتِي أُمْطِرَتْ مَطَرَ السَّوْءِ أَفَلَمْ يَكُونُوا يَرَوْنَهَا بَلْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ نُشُورًا
“Dan sesungguhnya mereka telah datang
melalui sebuah kampung yang dihujani dengan hujan azab yang buruk, maka
tidakkah mereka melihatnya bahkan mereka adalah orang – orang yang tidak ingat
akan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima pembalasan)”.
Perkataan (مطر) dalam ayat di atas bukan hujan biasa tetapi hujan azab sebagai
balasan kepada mereka yang kufur. Manakala perkataan (غيث) pula membawa maksud hujan yang membawa rahmat seperti mana
yang terdapat dalam al-Quran dalam surah asy-Syura (42 : 28) :
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ
(28)
“Dan
Dialah yang menurunkan hujan rahmat setelah mereka berputus asa, dan Dia pula
menyebarkan rahmatNya. Dan Dialah pengawal lagi yang Maha Terpuji”.
Perkataan (غيث) di
sini memberi maksud hujan rahmat. Sekiranya kita kurang mahir dalam bahasa
arab, kita tidak mampu untuk membezakan kedua-dua perkataan ini walaupun di
mata kasar melihat ianya seperti sama tetapi hakikatnya membawa maksud yang
berbeza. Selain itu juga, kita cuba melihat dari sudut dan aspek ma’rifah (kata
nama khas) dan nakirah (kata nama am) yang terdapat dalam al-Quran. Kita
akan memahaminya sekiranya mempelajari ilmu bahasa arab secara mendalam dan
boleh membezakannya walaupun kita melihat ia nya adalah sama dan tiada
perbezaan. Saya akan berikan satu misal seperti ayat dalam surah al-Fatihah (1
: 6 & 7) :
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا
الضَّالِّينَ (7)
“Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang – orang yang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang – orang yang Engkau murkai,
dan bukan pula (jalan) orang – orang yang sesat (7)
Perkataan (صراط) di dalam
ayat di atas memberi maksud jalan. Terdapat dua perkataan (صراط) dalam kedua – dua ayat tadi. Perkataan pertama dalam ayat keenam
dan perkataan kedua pada ayat ketujuh. Tetapi persoalannya, adakah kedua – dua perkataan
ini menunjukkan perkara yang sama. Maksudnya adakah (صراط) yang bermaksud jalan dalam ayat keenam itu sama dengan
perkataan (صراط) yang beri maksud jalan dalam ayat ketujuh. Maksudnya lagi,
adakah jalan pada ayat 6 sama dengan ayat 7 ataupun kedua – dua jalan tersebut
berbeza. Mengikut kaedah, sekiranya terdapat perulangan perkataan dalam ayat,
maka sekiranya perkataan pertama itu ma’rifah (kata nama khas) dan
perkataan yang kedua itu adalah ma’rifah (kata nama khas) juga, maka kedua –
dua itu adalah sama tidak berbeza.
Jadi perkataan
(صراط) pada ayat 6 adalah ma’rifah (kata nama khas) kerana
terdapat alif lam ta’rif . Perkataan (صراط) pada ayat 7 adalah ma’rifah (kata nama khas) ia berada
dalam keadaan (مضاف) kepada perkataan selepasnya iaitu (الذين). Jadi perkataan (الصراط) ini adalah perkataan yang sama iaitu jalan yang sama bukan
jalan yang berbeza. Sekiranya mengandungi perkataan yang sama tetapi kedua –duanya
adalah nakirah (kata nama am), maka perkataan itu adalah berbeza sebagai
contoh dalam al-Quran Allah swt berfirman dalam surah Saba’ (34 : 12) :
…وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ
وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ
“Dan Kami kurniakan kepada
nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya, sepagi perjalanannya
adalah menyamai sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalan
biasa sebulan….”
Seperti yang kita lihat,
ayat di atas mengandungi dua perkataan (شهر) yang
membawa maksud bulan. Kedua – duanya adalah nakirah (kata nama am). Tetapi
perkataan (شهر) pertama tidak sama dengan (شهر) kedua. Maksudnya
perkataan bulan pertama bukan bulan yang sama seperti yang kedua. Kedua – dua bulan
itu adalah berbeza. Ini adalah rahsia al-Quran yang hanya dapat dirungkai bagi
mereka yang memahami bahasa arab dengan baik dan mendalam. Sekiranya kita tidak
mengetahuinya, bagaimanakah kita boleh memahami al-Quran dengan baik.
Kepentingan
yang lain pula, kita dapat mengetahui sebab dan tujuan serta objektif sesuatu
perubahan dari segi baris yang terdapat dalam sesuatu ayat. Dan inilah yang
dipanggil sebagai ilmu nahu (علم النحو) yang merupakan antara ilmu yang
terpenting dalam bahasa arab. Ilmu ini amat diperlukan supaya dapat memahami
al-Quran dengan lebih tepat dan betul. Sekiranya kita lemah dan tidak mahir
dalam ilmu ini, kita akan memahami al-Quran mahupun hadis saw dengan kefahaman
yang salah dan boleh mengubah maksud ayat. Misalnya dalam surah an-Nisa’ (4 :
162) :
لَكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ
يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أُولَئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا (162)
“Tetapi
orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan
orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan
kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang
telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan
sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala
(balasan) yang amat besar. Surah an-Nisa’ ayat 162.
Cuba kita lihat apakah
perbezaan yang terdapat dalam ayat di atas. Pada ayat tersebut, perkataan (الراسخون) berada
dalam keadaan rafa’ (الرفع) dengan huruf wau, begitu juga dengan
perkataan (المؤمنون), (المؤتون) juga berada dalam keadaan rafa’ (الرفع) kerana ia adalah isim ma’tuf (اسم معطوف) kembali kepada (الراسخون). Tetapi kenapa perkataan (المقيمين) berada dalam keadaan nasab (النصب) walhal perkataan tersebut mempunyai huruf a’taf. Sebenarnya
inilah yang dipanggil sebagai uslub al-Qat’i (أسلوب القطع). Sebenarnya uslub ini ingin menunjukkan kepada kita bahawa ia
memberi maksud, perkataan tersebut adalah penting daripada perkataan –
perkataan yang lain. Seperti ayat ini, perkataan (المقيمين) yang memberi maksud orang – orang yang bersolat berada dalam
keadaan nasab kerana Allah swt ingin meng-focus perkataan orang
yang bersolat daripada yang lain. Itulah yang dinamakkan uslub al-Qat’i.
(akan saya terangkan dengan lebih mendalam dalam pelajaran mansubat di
bahagian nahu).
Dan banyak
lagi kepentingan mempelajari bahasa arab. Saya tidak perlulah menyatakan
semuanya, memadailah sedikit sahaja daripadanya kerana saya takut post saya
menjadi panjang. Tetapi ketahuilah bahawa dengan penguasaan kita dalam bahasa
arab akan menjadikan kita lebih memahami al-Quran dan hadis kerana ia adalah
bahasa agama kita. Mungkin post saya pada hari ini panjang dan tinggi sedikit
isinya. Tetapi saya hendak memberi gambaran secara ringkas akan kepentingan
bahasa arab dalam memahami al-Quran. Saya memohon maaf sekiranya tersalah
bahasa dan kekurangan ilmu.
Semoga
Allah berikan kita kefahaman dalam agama dan korban untuk agama,,,
Sekiranya
ingin membaca post dalam versi bahasa arab, maka boleh pergi ke bahagian bahasa
arab.
Sekian,
Syukran Jazilan.. (^_^)…
No comments:
Post a Comment