Tuesday, July 9, 2013

Cerita Pendek Mengenai Ilmu Nahu

Assalamualaikum. Saya sangat – sangat meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis kerana saya mempunyai banyak kerja yang perlu disiapkan ditambah dengan peperiksaan yang memeningkan, aduh..

Pada artikel lepas, saya telah memberi perkongsian kepada para pembaca yang setia mengenai sumber - sumber yang disepakati dalam ilmu nahu. Dan saya telah huraikan sumber pertama iaitu al-Quran. Dan saya juga telah berjanji akan memberi perkongsian pada sumber kedua pula tetapi malangnya bukan pada artikel hari ini kerana saya sangat sibuk dengan kerja – kerja lain. Mungkin saya akan menyambungnya pada artikel lain.


Sebagai ganti, saya akan menulis dan ingin berkongsi pada kalian satu cerita yang sangat menarik. Siapa yang tidak membaca memang rugi. Cerita seronok tetapi mempunyai kaitan pada ilmu nahu.



Cuba kita sama - sama baca cerita ini, saya ambil dari kitab (المحاسن والأضداد) karangan al-Jahiz (الجاحظ) muka surat 37-38. Kalau kitab siyar a’lam an-Nubala’ karangan az-Zahabi m/s 147 jilid 4 pun ada diceritakan tapi secara ringkas .. semoga terhibur ..

وكان رجل من الخوارج يقول

فمنا يزيد والبطين وقعنب ..... ومنا أميرُ المؤمنين شبيب

فسار البيت حتى سمعه عبد الملك بن مروان فأمر بطلب قائله فأتي به، فلما وقف بين يديه قال: أنت القائل : ومنا أميرُ المؤمنين شبيب
قال: لم أقل هكذا يا أمير المؤمنين إنما قلت : ومنا أميرَ المؤمنين شبيب.
فضحك عبد الملك وأمر بتخليه سبيله.

Ini terjemahannya :
Dahulu (pada zaman pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan) ada seorang lelaki dari golongan Khawarij bersyiir :

فمنا يزيد والبطين وقعنب ... ومنا أميرُ المؤمنين شبيب

Bahagian pertama pada bait syiir : Maka terdiri daripada kami (golongan Khawarij) Yazid, al-Bathin, Qa’nab,
Bahagian kedua pada bait syiir : dan terdiri daripada kami amirul mukminin Syabib.

Maka telah tersebarlah rangkap syiir ini sehingga didengari oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan, maka beliau menyuruh (orang bawahannya) untuk mendapatkan pemilik bait tersebut dan membawanya kepada beliau. Ketika mana dia berada di hadapan khalifah lantas khalifah berkata :

“kamu yang berkata (ومنا أميرُ المؤمنين شبيب)?”

Dia pun berkata : “Aku tidak berkata sedemikian wahai amirul mukminin, sebenarnya aku berkata (ومنا أميرَ المؤمنين شبيب).”

Maka khalifah Abdul Malik pun ketawa dan memerihtahkan untuk melepaskannya.

Seronok sangat cerita ni… memang kelakar kepada orang yang faham, tapi memberi kebuntuan pada mereka yang tidak faham..
Sebenarnya dalam cerita ini mesti difokus pada baris bait syiir tersebut.. bagi mereka yang belajar ilmu nahu pasti akan perasan perbezaan pada baris perkataan (أمير). Sebenarnya hanya menukar satu baris sahaja sudah cukup untuk menukar maksud..

Pada mulanya lelaki yang dari golongan khawarij (namanya adalah ‘Itban al-Hurari عتبان الحروري boleh rujuk siyar a’lam an-Nubala’ ) berkata dalam syiirnya :

فمنا يزيد والبطين وقعنب

Maksudnya Yazid, Bathin dan Qa’nab (pembesar Khawarij) adalah dari golongan khawarij..

Bait seterusnya :

ومنا أميرُ المؤمنين شبيب

Sebelum itu, kita kenal dulu siapa Syabib. Dalam kitab siyar a’lam an-Nubala’ karangan az-Zahabi berkata :

شبيب بن يزيد : ابن أبي نعيم الشيباني، رأس الخوارج بالجزيرة، وفارس زمانه, بعث لحربه الحجاج خمسة قواد فقتلهم واحدا بعد واحد

Maksudnya : Syabib bin Yazid : Ibn Abi Naim as-Syaibani, ketua Khawarij di Jazirah dan merupakan seorang pahlawan pada zamannya. Hajjaj telah menghantar lima orang panglima untuk memeranginya. Maka Syabib pun membunuh mereka satu per satu…

Maka Syabib ini adalah ketua bagi golongan Khawarij, dalam syiir ini, dia menyandarkan gelaran amirul mukminin pada Syabib (dan terdiri daripada kami amirul mukminin Syabib). Sebenarnya pada zaman itu, amirul mukminin ialah khalifah Abdul Malik bin Marwan (ahli sunnah bukan Khawarij dan bukan Mu’tazilah).

Macam mana dia boleh sandarkan gelaran tersebut pada Syabib, x paham lah??

Sebenarnya perkataan Syabib menjadi badal (بدل) pada amirul mukminin..
Badal tu pe benda pulak, cuba terangkan..??

Badal adalah menukarkan sesuatu pada sesuatu tetapi hakikatnya ia adalah sama. Contohnya : telah datang Khalifah Abu Bakar ra ke masjid. Maka dalam ayat ini, Khalifah itu fai’l (فاعل) dan Abu Bakar ra itu badal (بدل). Khalifah dan Abu Bakar ra kan orang yang sama.
Khalifah = Abu Bakar
Abu Bakar = Khalifah
Kan dah keluar equation maths..

Maka ayat ( ومنا أميرُ المؤمنين شبيب) I’rabnya adalah :

و : واو عاطفة لا محل لها من الإعراب
منا : جر ومجرور, وشبه الجملة في محل رفع خبر مقدم وجوبا
أمير : مبتدأ مؤخر مرفوع وعلامة رفعه الضمة وهو مضاف
المؤمنين : مضاف إليه مجرور وعلامة جره الياء لأنه جمع المذكر السالم
شبيب : بدل مرفوع وعلامة رفعه الضمة

Tetapi apabila khalifah Abdul Malik bin Marwan perintah untuk tangkap penyair tersebut dan menyoal bait itu kepada I’tban beliau berkata :

“kamu yang berkata (ومنا أميرُ المؤمنين شبيب)?” iaitu dengan perkataan (أميرُ) berbaris dhomah. Maksudnya khalifah berasa marah kerana dia menyandarkan gelaran amirul mukminin kepada pembesar golongan Khawarij.

I’tban pun berasa takut lalu dia berkata : “Aku tidak berkata sedemikian wahai amirul mukminin, sebenarnya aku berkata (ومنا أميرَ المؤمنين شبيب).” Sebenarnya dia tukar baris perkataan (أمير) daripada dhomah(baris depan) ke fathah (baris atas).

Apa bezanya baris depan dan baris atas??? Ayat macam lebih kurang sama je???

Sebenarnya ayat ini telah bertukar dari sudut uslub ayat.. perkataan (أميرَ) yang berbaris atas itu sebenarnya adalah munada (منادى) yang telah dibuang huruf nida’ (حرف النداء). Memang boleh dibuang huruf nida’ pada ayat nida’ dengan syarat munada adalah isim alam (nama orang atau negara) dan munada mudof (منادى مضاف). Contohnya Ali ingin memanggil Zaid dia berkata : wahai Zahid !. kalau kita nak buang wahai pun tidak mengapa, contoh : Zaid!!..
dalam jumlah bahasa arab : يا رسولَ الله atau رسولَ الله tanpa huruf nida’..

contoh syawahid dalam al-Quran :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ (surah Taha, ayat 25)

Maksudnya : “telah berkata (nabi Musa) : (wahai) tuhanku, lapangkanlah bagiku akan dadaku”.

Jadi ayat (ومنا أميرَ المؤمنين شبيب) yang berbaris atas itu, ayat asalnya adalah (منايا أميرَ المؤمنين- شبيب) maksudnya : “ dan terdiri daripada kami (golongan Khawarij) -wahai amirul mukminin- Syabib.. atau lebih mudah nak paham : “dan terdiri daripada kami adalah Syabib wahai amirul mukminin”.

Maka I’rab (ومنا أميرَ المؤمنين شبيب) yang berbaris atas itu adalah seperti berikut :

و : واو عاطفة لا محل لها من الإعراب
منا : جر ومجرور, وشبه الجملة في محل رفع خبر مقدم وجوبا
أمير : منادى منصوب لحرف النداء محذوف تقديره يا وعلامة نصبه الفتحة وهو مضاف
المؤمنين : مضاف إليه مجرور وعلامة جره الياء لأنه جمع المذكر السالم
شبيب : مبتدأ مؤخر مرفوع وعلامة رفعه الضمة

Dapat diringkaskan :
Bait yang sebernarnya adalah (ومنا أميرُ المؤمنين شبيب) maksudnya : dan terdiri daripada kami amirul mukminin Syabib.
Apabila berada di hadapan amirul mukminin Abdul Malik bin Marwan, Itban menukarkan baris dhomah ke fathah menjadi : (ومنا أميرَ المؤمنين شبيب) maksudnya : dan terdiri daripada kami – wahai amirul mukminin- Syabib atau lebih tepat dan senang paham, dan terdiri daripada kami adalah Syabib wahai amirul mukminin.

Kerana itulah khalifah Abdul Malik bin Marwan tergelak dan melepaskannya kerana berasa ta’ajub dengan helah yang digunakan oleh I’tban dengan hanya menukar satu baris sahaja.

Pengajarannya :
1) Bahasa arab adalah bahasa yang terperinci sehingga dengan menukar satu baris sahaja boleh memberi makna yang berlainan.
2) Untuk memahami konteks ayat yang tepat, penguasaan dalam nahu amat diperlukan supaya tidak menyimpang daripada konteks sebenar ayat tersebut.


1 comment:

  1. rindunya nak belajar ilmu nahu+saraf lagi sekali..

    ReplyDelete