Friday, November 30, 2012

Laa tahzan innallaha ma’ana…


“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita” (9 : 40)




Wahai saudaraku yang diredoi Allah,
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya itu adalah ujian daripada Allah tuhan sekalian alam. Dialah tuhan yang menurunkan hujan dari khazanahnya, mencipta langit tanpa tiang, menjadikan gunung – ganang sebagai pasak, menciptakan mata untuk manusia melihat, memberi makhluknya telinga untuk mendengar. Maka tiada tuhan melainkanNya. Dialah satu – satunya tuhan yang disembah dan Dialah Yang Maha Esa. Hanya kepadaNyalah kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita kembali.

Duhai saudaraku yang soleh,
Ketahuilah sesungguhnya tiada satupun makhluk di muka bumi ini layak hidup melainkan dengan izinNya. Maka dahulunya manusia ini adalah tanah, tanah yang berada di bawah daripada yang lain, yang dipijak, yang tidak dipandang.

Tetapi Dia telah menjadikan manusia daripada tanah lalu mengangkat manusia menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi untuk mengagungkan namaNya dan membawa suruhanNya. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman dalam surah al-Baqarah (2 : 30) :

Wednesday, November 28, 2012

Kepentingan Mempelajari Bahasa Arab


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا), selamat pagi (صباح الخير) kepada mereka yang berada di Jordan sekarang dan selamat petang (مساء الخير) kepada mereka yang berada di Malaysia tanah airku yang tercinta. Hari ini saya akan berkongsi mengenai beberapa kepentingan mempelajari bahasa arab. Pada post yang lalu, saya telah cerita kepada kamu semua mengenai faedah – faedahnya kan. Mungkin nampak macam sama sedikit tetapi kali ini saya akan terangkan secara lebih mendalam. Saya bukanlah begitu pandai dalam bahasa arab, tetapi niat saya adalah semua orang yang membaca artikel ini akan dapat manfaat daripadanya. (^_^).

Ok.. hari tu kan saya sudah terangkan yang bahasa arab ini sebenarnya tidaklah susah. Mungkin kita akan dapati kesusahannya pada peringkat permulaan, tetapi sekiranya kita sudah menguasai sedikit, insya Allah kita boleh lakukan. Kita janganlah anggap yang bahasa arab ini susah maka kita tidak perlu belajar. Tetapi kita anggaplah bahawa kita mempelajari bahasa arab ini sebab ia adalah

Tuesday, November 27, 2012

Faedah Mempelajari Bahasa Arab


Assalamualaikum,

Hari ini saya akan mengisi di sini mengenai kelebihan – kelebihan mempelajari bahasa arab sepertimana yang telah saya sebutkan pada post yang lepas. Saya akan terangkan kepada kamu semua dengan keterangan yang ringkas bukan terperinci kerana maksud saya menulis blog ini adalah untuk ringkasan dan padat tidak panjang. Oleh sebab itu saya namakannya Awjazul Masalik (jalan – jalan yang paling ringkas) iaitu maksudnya secara ringkas. Sesungguhnya saya telah namakan blog ini Awjazul Masalik ila Ma’rifati Ibn Malik (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan Ibn Malik) dan telah dinisbahkan kepada Ibn Malik bukan maksudnya untuk mengenal Ibn Malik secara hakiki, sebenarnya itu adalah Majaz mursal ‘alaqatuh sababiyah (dalam ilmu balagah) iaitu dia menjadi sebab dan mengarang kitab nahu yang terkenal yang dinamakan sebagai alfiyah Ibn Malik. Yang saya maksudkan adalah Awjazul Masalik ila Ma’rifati I’lm an-nahwi (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan ilmu nahu) maka saya telah nisbahkan dia kepada nama blog ini sebagai isyarat kepada ilmu nahu. Saya suka mengaplikasikan apa yang telah saya belajar dalam ilmu balagah sehinggalah penulisan saya menjadi tinggi balagahnya dalam gaya bahasa dan penggunaan ayat. Demikian juga saya ingin menunjukkan kepada kamu kepada keindahan bahasa arab dan gaya bahasanya serta maknanya yang mendalam dan sebagainya.

Monday, November 26, 2012

Bahasa Arab Adalah Bahasa Yang Indah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam (2), Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (3) Yang Menguasai hari pembalasan (4) Hanya Engkau sahajalah yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang - orang yang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang - orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang - orang yang sesat (7)

Sesungguhnya saya telah memulakan blog ini yang mana ini adalah post pertama dengan dimulai dengan surah al-Fatihah kerana saya ingin memuliakan ayat al-Quran al-Karim kerana ia adalah sebaik - baik kalam berbanding dengan kalam makhluk dan saya menganggap blog ini sebagai risalah ilmiyah kepada mereka yang berilmu di mana saya akan membincangkan mengenai bahasa arab dan kaedah - kaedahnya untuk kamu semua mengambil manfaat