Tuesday, November 27, 2012

Faedah Mempelajari Bahasa Arab


Assalamualaikum,

Hari ini saya akan mengisi di sini mengenai kelebihan – kelebihan mempelajari bahasa arab sepertimana yang telah saya sebutkan pada post yang lepas. Saya akan terangkan kepada kamu semua dengan keterangan yang ringkas bukan terperinci kerana maksud saya menulis blog ini adalah untuk ringkasan dan padat tidak panjang. Oleh sebab itu saya namakannya Awjazul Masalik (jalan – jalan yang paling ringkas) iaitu maksudnya secara ringkas. Sesungguhnya saya telah namakan blog ini Awjazul Masalik ila Ma’rifati Ibn Malik (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan Ibn Malik) dan telah dinisbahkan kepada Ibn Malik bukan maksudnya untuk mengenal Ibn Malik secara hakiki, sebenarnya itu adalah Majaz mursal ‘alaqatuh sababiyah (dalam ilmu balagah) iaitu dia menjadi sebab dan mengarang kitab nahu yang terkenal yang dinamakan sebagai alfiyah Ibn Malik. Yang saya maksudkan adalah Awjazul Masalik ila Ma’rifati I’lm an-nahwi (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan ilmu nahu) maka saya telah nisbahkan dia kepada nama blog ini sebagai isyarat kepada ilmu nahu. Saya suka mengaplikasikan apa yang telah saya belajar dalam ilmu balagah sehinggalah penulisan saya menjadi tinggi balagahnya dalam gaya bahasa dan penggunaan ayat. Demikian juga saya ingin menunjukkan kepada kamu kepada keindahan bahasa arab dan gaya bahasanya serta maknanya yang mendalam dan sebagainya.

Baik, saya tidak mahu menyimpang dari isi sebenar dan keluar daripada maksud, maka saya akan berikan kepada kamu sekarang mengenai faedah – faedah mempelajari bahasa arab seperti mana yang telah saya janjikan semalam.  Seperti mana yang kamu ketahui, bahasa arab mempunya banyak faedahnya dan saya tiada kekuatan untuk menyebutnya satu persatu bahkan saya akan menyatakan apa yang penting daripadanya sahaja. Sebenarnya, penggunaan bahasa arab kebanyakkannya digunakan dalam syariah islamiyah kerana sumbernya diturunkan daripada bahasa arab. Dan al-Quran bahasanya adalah bahasa arab begitu juga hadis yang menjadi sumber kedua selepas al-Quran. Tetapi cuba kamu perhatikan bagaimana seseorang yang tidak belajar bahasa arab dan membaca al-Quran dapat memahaminya secara menyeluruh? Dan bagaimana sekiranya dia mempelajari ilmu feqh dan hanya merujuk kepada terjemahan al-Quran mahupun hadis tanpa memahami makna asal bagi setiap perkataan? Sebenarnya, mereka yang mempelajari ilmu feqh dan selainnya daripada cabang ilmu syariah islamiyah mesti mempelajari bahasa arab kerana bahasa itu luas pada perkataannya dan gaya bahasanya yang wajib ke atas kita untuk memahaminya kerana takut akan berlaku kesilapan dan kesalahan dalam mengistinbat hukum dan makna sebenar  dalam al-Quran serta hadis.

Dan bagaimanakah seandainya orang selain arab tatkala membaca al-Quran dan mereka dapati perkataan yang mereka tidak faham kemudian mereka rujuk kepada kamus tanpa bertanya kepada ahli bahasa? Maka pasti akan menjadi percanggahan dalam kalimah kerana tidak sesuai makna perkataan tersebut dalam ayat. Demikian juga golongan yang tidak mempelajari ilmu nahu, maka bagaimanakah apabila mereka membaca ayat " فقال لهم رسول الله ناقةَ الله وسقياها" dapat memahaminya secara sempurna walaupun kita melihat ayat ini senang pada maknanya tetapi bagaimana hendak memahami perkataan (ناقة) yang mansub secara tunggal sahaja. Pasti mereka yang tidak mempelajari ilmu nahu tidak mengetahuinya melainkan dia merujuk kepada tafsir bahasa. Begitu juga mereka dapati dalam hadis "إياك والنميمةً " maka apakah maksud sebenar dhomir munfasil iyyaka sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu nahu? Bagaimanakah sekiranya anak – anak kita tidak memahami al-Quran lalu mereka bertanya kepada kita mengenainya, adakah kita akan menerangkan kepada mereka dengan kefahaman yang jauh daripada kebenaran dan batil dalam keadaan mereka mendengar secara teliti kerana percaya dengan bahawasanya setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah kalam yang benar?? Fikirkanlah betul – betul ye!!!

Berwaspadalah wahai manusia, berapakah kepentingan bahasa arab dalam kehidupan kita? Berapakah maf’ulat – maf’ulat yang telah kita pelajari di universiti kita gunakannya dalam perbualan kita seharian?! Sesungguhnya kata – kata ini bukan dikhususkan kepada orang bukan arab sahaja bahkan kepada orang arab kerana mereka adalah pemilik bahasa tersebut. Malangnya, kebanyakkan daripada mereka tidak tahu apakah itu mubtada’ dan tanda – tandanya sehinggakan selain arab lebih baik daripada mereka dan orang arab belajar daripada mereka serta mereka lebih faham daripada orang arab dengan kefahaman yang mendalam seperti mana yang kita ketahui Sibawaih yang merupakan orang yang sangat alim dan hebat dalam ilmu nahu dan dia bukan orang arab, sesungguhnya dia adalah orang asing yang bukan berasal daripada arab.  Sesungguhnya saya telah melihat di universiti yang sedang saya belajar sekarang dan saya dapati sebahagian orang arab tidak tahu mengenai ilmu nahu seolah – olah mereka bukan orang arab menanyakan bahasa arab kepada orang bukan arab dan meniru dalam peperiksaan kerana mereka tidak tahu bahasa mereka. Ini adalah masalah yang besar dan sangat bahaya kerana empunya bahasa tidak faham akan bahasa mereka sendiri bahkan sebahagian daripada mereka tidak gemar untuk mempelajarinya sehinggakan mereka berkata bahawa bahasa ini adalah bahasa yang paling susah dan menjadikannya alasan supaya tidak mempelajarinya.

Dari sudut pandangan yang lain, kebanyakkan buku – buku agama ditulis dalam bahasa arab dan sedikitnya ditulis dalam bahasa lain. Maka orang yang belajar contohnya mengenai ilmu hadis dan al-Quran, buku rujukan mereka adalah dalam bahasa arab sehinggakan sumber-sumbernya sendiri dalam bahasa arab. Pelajar dalam ilmu hadis akan sentiasa membaca buku hadis dan apabila dia dapati ada masalah dalam hadis, maka dia akan membuka syarahnya dan semuanya dalam bahasa arab. Bagaimanakah sekiranya pelajar itu tidak begitu kuat dalam bahasa arab dan tidak mampu merujuk kepada buku tersebut kerana tidak faham. Jadi dia tidak akan faham hadis tersebut melainkan dia bertanya kepada yang mahir. Saya tidak menafikan dalam era globalisasi ini terdapat kerja-kerja penterjemahan buku-buku agama dalam bahasa arab ke bahasa lain sehinggakan di negara kami kitab fath al-bari syarh sohih al-Bukhari telah diterjemahkan dalam bahasa melayu selengkapnya. Tetapi  orang yang baca terjemah sahaja sebenarnya tidak membaca asal makna yang telah ditulis oleh pengarang kitab tersebut bahkan mereka membaca apa yang penterjemah faham daripada kitab tersebut. Ini adalah perkara yang bahaya kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Mungkin telah berlaku kesalahan pada terjemahan dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Kemudian orang yang merujuk kepada kitab tersebut mengikutnya bulat – bulat dan mengambil daripadanya serta mengistinbat hukum daripadanya.

Sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw : “Ulama’ adalah waris para nabi”, maka kita tahu bahawasanya para ulama’ merupakan manusia yang paling penting di dunia ini dan peranan mereka adalah besar kerana mereka adalah tempat rujuk bagi manusia yang mempunyai masalah mengenai agama. Semua yang dipanggil ulama’ mestilah ke atasnya belajar bahasa arab dan berkomunikasi dengan baik. Dan kami orang bukan arab tidak memahami bahasa arab melainkan bahasa fusha dan para ulama’ berkomunikasi dengan bahasa fusha, kenapa orang arab tidak bergaul dengan orang bukan arab dalam bahasa fusha?? Kami tidak menggunakan langsung bahasa ammiyah di negara kami dan tidak mengajar kepada para pelajar dengannya serta tidak pula berinteraksi dengannya bahkan penggunaannya hanya tertumpu dalam negara arab yang kami belajar. Pelajar – pelajar asing yang belajar di luar negara mempelajari bahasa arab fusha supaya dapat berinteraksi bersama para ulama’, duduk di dalam majlis mereka dan bersembang – sembang bersama mereka untuk mendapatkan ilmu agama. Maka cukuplah post saya yang panjang ini hari ini, dan saya akhirinya dengan sepotong ayat al-Quran :

Sesungguhnya Kami telah jadikannya (al-Quran) dalam keadaan dibaca dengan bahasa arab semoga kamu dapat berfikir.

Mari kita sama-sama memohon kepada Allah supaya menjadikan kita tergolong daripada golongan orang yang faham dalam bahasa arab yang bertaqwa lagi soleh…

Post ini adalah terjemahan bagi post kedua dalam bahagian bahasa arab, bagi sesiapa yang ingin membaca versi bahasa arab boleh pergi ke bahagian bahasa arab. (^_^)..

1 comment:

  1. Alhamdulillah saya semakin bersemangat untuk belajar bahasa arab di Jordan bulan 9 ni lepas baca post ustaz ni. Jazakallahu khairan kathiran :)

    ReplyDelete