Assalamualaikum… alhamdulillah kepada Allah swt tuhan
sekalian alam yang telah menganugerahkan kita iman. Semoga Allah swt menerima
segala amalan kita dan menempatkan kita ke dalam syurgaNya. Pada kali ini, saya
akan berkongsi sedikit kepada antum semua mengenai sesuatu yang sangat menarik.
Dengan izin Dia yang maha agung, saya akan menulis mengenai perbahasan para
ulama’ mengenai I’rab fawatih as-suwar (فواتح السور ) pembuka-pembuka
surah iaitu ( الم ) dan kawan – kawannya. Huruf – huruf ini
sering kita jumpai dan membacanya dalam al-Quran al-Karim tetapi adakah kita pernah memikirkan apakah I’rabnya?
أوجز المسالك إلى معرفة ابن مالك (Jalan Yang Paling Ringkas Untuk Mengenal Bahasa Arab)
Friday, October 4, 2013
Thursday, September 26, 2013
Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 2)
Assalamualaikum warahmatullah.. sudah lama saya tidak menulis semenjak balik bercuti di Malaysia 3 bulan lebih kerana sibuk dengan bengkel bahasa arab dan jalan – jalan bersama keluarga tercinta dan kawan – kawan lama. Sekarang saya sudah berada di Jordan, al-Mafraq bumi para anbiya’ dan sudah mula kuliyah. Jadi saya akan berkongsi kepada para pembaca yang dirahmati sebelum kesibukan datang pada diri saya. Sebelum itu saya ingin menunaikan janji saya pada penulisan yang lepas untuk menyambung menulis mengenai Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu.
Location:
Mafraq, Jordan
Tuesday, July 9, 2013
Cerita Pendek Mengenai Ilmu Nahu
Assalamualaikum.
Saya sangat – sangat meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis kerana saya
mempunyai banyak kerja yang perlu disiapkan ditambah dengan peperiksaan yang
memeningkan, aduh..
Pada
artikel lepas, saya telah memberi perkongsian kepada para pembaca yang setia
mengenai sumber - sumber yang disepakati dalam ilmu nahu. Dan saya telah
huraikan sumber pertama iaitu al-Quran. Dan saya juga telah berjanji akan
memberi perkongsian pada sumber kedua pula tetapi malangnya bukan pada artikel
hari ini kerana saya sangat sibuk dengan kerja – kerja lain. Mungkin saya akan
menyambungnya pada artikel lain.
Sebagai
ganti, saya akan menulis dan ingin berkongsi pada kalian satu cerita yang
sangat menarik. Siapa yang tidak membaca memang rugi. Cerita seronok tetapi
mempunyai kaitan pada ilmu nahu.
Labels:
Umum
Location:
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Monday, March 25, 2013
Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 1)
Assalamualaikum, selamat pagi dan sejahtera
diucapkan kepada para pembaca sekalian. Sudah lama saya tidak menaip di blog
ini kerana terlalu sibuk, sejak selepas keluar di France hari tu. Banyak saya
nak kongsikan kepada antum mengenai ahwal Islam di sana, tapi bukan hari ini.
Insya Allah saya akan memberi laporan khuruj di Perancis pada hari lain.
Sepertimana yang saya telah janjikan
pada artikel lepas bahawa saya akan menulis mengenai sumber – sumber yang
disepakati dan tidak dalam ilmu nahu dan dalam perkataan lain apakah sumber –
sumber untuk dijadikan dalil dalam ilmu nahu. Dan insya Allah , akan dikongsikan
pada kali ini tetapi mungkin penulisan pada tajuk ini akan menjadi panjang
kerana saya ingin menghuraikan seperincinya mengenai hal ini, kerana ramai dalam
kalangan pelajar walhal pelajar bahasa arab sekalipun tidak mengetahuinya.
Meskipun begitu [ceh, ayat skema sangat ^^], akan dibahagikan pembincangan ini
pada beberapa bahagian secara berkala dikhuatiri panjang sehingga tuan-tuan dan
puan-puan jemu membacanya.
Location:
Mafraq, Jordan
Subscribe to:
Posts (Atom)