Friday, October 4, 2013

I'rab الم dan Perbahasan Ulama' Mengenainya

Assalamualaikum… alhamdulillah kepada Allah swt tuhan sekalian alam yang telah menganugerahkan kita iman. Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan menempatkan kita ke dalam syurgaNya. Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit kepada antum semua mengenai sesuatu yang sangat menarik. Dengan izin Dia yang maha agung, saya akan menulis mengenai perbahasan para ulama’ mengenai I’rab fawatih as-suwar (فواتح السور ) pembuka-pembuka surah iaitu ( الم ) dan kawan – kawannya. Huruf – huruf ini sering kita jumpai dan membacanya dalam al-Quran al-Karim tetapi adakah kita pernah memikirkan apakah I’rabnya?

Thursday, September 26, 2013

Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum warahmatullah.. sudah lama saya tidak menulis semenjak balik bercuti di Malaysia 3 bulan lebih kerana sibuk dengan bengkel bahasa arab dan jalan – jalan bersama keluarga tercinta dan kawan – kawan lama. Sekarang saya sudah berada di Jordan, al-Mafraq bumi para anbiya’ dan sudah mula kuliyah. Jadi saya akan berkongsi kepada para pembaca yang dirahmati sebelum kesibukan datang pada diri saya. Sebelum itu saya ingin menunaikan janji saya pada penulisan yang lepas untuk menyambung menulis mengenai Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu.

Tuesday, July 9, 2013

Cerita Pendek Mengenai Ilmu Nahu

Assalamualaikum. Saya sangat – sangat meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis kerana saya mempunyai banyak kerja yang perlu disiapkan ditambah dengan peperiksaan yang memeningkan, aduh..

Pada artikel lepas, saya telah memberi perkongsian kepada para pembaca yang setia mengenai sumber - sumber yang disepakati dalam ilmu nahu. Dan saya telah huraikan sumber pertama iaitu al-Quran. Dan saya juga telah berjanji akan memberi perkongsian pada sumber kedua pula tetapi malangnya bukan pada artikel hari ini kerana saya sangat sibuk dengan kerja – kerja lain. Mungkin saya akan menyambungnya pada artikel lain.


Sebagai ganti, saya akan menulis dan ingin berkongsi pada kalian satu cerita yang sangat menarik. Siapa yang tidak membaca memang rugi. Cerita seronok tetapi mempunyai kaitan pada ilmu nahu.

Monday, March 25, 2013

Sumber - Sumber Yang Disepakati Dan Tidak Disepakati Sebagai Istidlal Dalam Ilmu Nahu (BAHAGIAN 1)


Assalamualaikum, selamat pagi dan sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian. Sudah lama saya tidak menaip di blog ini kerana terlalu sibuk, sejak selepas keluar di France hari tu. Banyak saya nak kongsikan kepada antum mengenai ahwal Islam di sana, tapi bukan hari ini. Insya Allah saya akan memberi laporan khuruj di Perancis pada hari lain.

      Sepertimana yang saya telah janjikan pada artikel lepas bahawa saya akan menulis mengenai sumber – sumber yang disepakati dan tidak dalam ilmu nahu dan dalam perkataan lain apakah sumber – sumber untuk dijadikan dalil dalam ilmu nahu. Dan insya Allah , akan dikongsikan pada kali ini tetapi mungkin penulisan pada tajuk ini akan menjadi panjang kerana saya ingin menghuraikan seperincinya mengenai hal ini, kerana ramai dalam kalangan pelajar walhal pelajar bahasa arab sekalipun tidak mengetahuinya. Meskipun begitu [ceh, ayat skema sangat ^^], akan dibahagikan pembincangan ini pada beberapa bahagian secara berkala dikhuatiri panjang sehingga tuan-tuan dan puan-puan jemu membacanya.

Monday, December 31, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 3)

ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا) (¿cómo está). Ana harap agar kesihatan antum semua sihat dan hidup dalam iman dan amal yang sempurna mengikut sunnah Nabi SAW. Seperti yang ana janjikan pada antum sekalian pada post lepas, insya Allah akan ditulis dan disambung pada bahagian ketiga. Bagi sesiapa yang belum membaca bahagian pertama dan kedua, boleh bacanya pada link ini ye : 


Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)
Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 2)

Bahagian ketiga lebih kepada ilmu sorof kerana ia melibatkan bentuk perkataan bukannya huruf. Jadi mungkin saya tidak akan menerangkan secara terperinci kerana saya akan menulis di dalam blog saya mengenai ilmu sorof. Mungkin secara terperinci saya akan tulis di bahagian sorof. Maka memadailah gambaran sahaja di sini ye.. ^_^

Tuesday, December 25, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 2)


Assalamualaikum.. 

Apa khabar wahai pembaca sekalian... Hari ini saya akan menyambung menulis mengenai Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath.. Pada post yang lepas, saya sudah terangkan mengenai istilah pada titik huruf.. Jadi pada pembaca yang belum lagi membacanya, maka boleh melihatnya pada link ini : Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)

Ok. Sekarang kita akan berpindah pula pada istilah baris huruf. Istilah baris huruf ini agak senang kerana kita banyak sudah tahu istilahnya. Tapi saya akan terangkan juga secara terperinci supaya antum semua mendapat faedah daripadanya.

Friday, December 21, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum… selamat sejahtera saya ucapkan kepada antum sekalian. Seperti yang saya janjikan pada post lalu, saya akan terangkan istilah – istilah harakah (baris) secara terperinci pada post kali ini. Sebelum itu saya ingin memberi pendahuluan dahulu mengenai istilah ini. Bagi sesiapa yang belum lagi membaca Tips – tips untuk menjadi mahir membaca kitab arab (kitab turath) boleh membacanya dahulu sebelum membaca post ini.^^

Pada zaman dahulu, huruf – huruf bahasa arab tiada titik dan tiada baris. Jadi para ulama’ telah bersepakat untuk meletakkan titik dan baris supaya mudah untuk para pembaca mengenal huruf dalam bahasa arab. Saya di sini tidak mahu menceritakan sejarah bermulanya titik dalam huruf bahasa arab kerana takut panjang post ini nanti. Jadi istilah – istilah sebegini digunakan dalam kitab turath untuk membuktikan kepada kita bahawa bahasa arab adalah bahasa yang sangat terperinci sehinggakan dengan berubahnya titik dan baris boleh membawa kepada makna yang lain malah boleh membawa makna yang berlawanan dari asal. Jadi pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada antum semua apa yang saya tahu mengetahui istilah – istilah ini.

Saya yang lemah ini, telah membahagikan istilah ini kepada tiga : 
1.       Titik huruf
2.       Baris huruf
3.       Bentuk perkataan

Jadi saya akan terangkan mengenai istilah pada titik huruf dahulu ye ^_^.


Tuesday, December 18, 2012

Tips – tips untuk menjadi mahir membaca kitab arab (kitab turath)



Assalamualaikum.. sudah lama tidak menulis kerana sejak kebelakangan ini, saya begitu sibuk dengan imtihan , urusan pendaftaran madah, pembelian tiket untuk keluar ke jalan Allah di France, nusrah Jemaah, dan sebagainya.. hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca – pembaca sekalian mengenai kaedah – kaedah untuk mahir membaca dan memahami kitab arab (kitab turath). Saya bukanlah begitu mahir, tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya dari mula sehinggalah saya dapat memahami kitab turath. Saya yakin ramai lagi yang hebat dan mahir membaca kitab arab.

    Tetapi sebenarnya, yang saya ingin tekankan di sini adalah membaca dengan baris yang betul dan pemahaman dalam konteks. Memang ramai yang pandai membaca tapi bukannya dengan pembacaan yang baik dan pemahaman yang bagus. Kerana sekiranya kita tidak mendalaminya, kita akan salah memahami konteks ayat dan apa yang ingin penulis sampaikan. Saya sangat teringin memberitahu kepada antum semua yang ilmu membaca kitab turath ini sangat sangat penting kerana kesalahan membacanya akan menjurus kepada kefahaman yang salah. Betul , saya x tipu.. kadang – kadang kita baca satu muka surat, kita faham lain. Esoknya kita baca kembali dengan kefahaman yang berbeza dari hari semalam. Ini adalah perkara yang lazim berlaku kepada mereka yang baru bermula dan ingin berjinak – jinak dengan kitab turath.