Monday, December 31, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 3)

ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا) (¿cómo está). Ana harap agar kesihatan antum semua sihat dan hidup dalam iman dan amal yang sempurna mengikut sunnah Nabi SAW. Seperti yang ana janjikan pada antum sekalian pada post lepas, insya Allah akan ditulis dan disambung pada bahagian ketiga. Bagi sesiapa yang belum membaca bahagian pertama dan kedua, boleh bacanya pada link ini ye : 


Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)
Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 2)

Bahagian ketiga lebih kepada ilmu sorof kerana ia melibatkan bentuk perkataan bukannya huruf. Jadi mungkin saya tidak akan menerangkan secara terperinci kerana saya akan menulis di dalam blog saya mengenai ilmu sorof. Mungkin secara terperinci saya akan tulis di bahagian sorof. Maka memadailah gambaran sahaja di sini ye.. ^_^

Tuesday, December 25, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 2)


Assalamualaikum.. 

Apa khabar wahai pembaca sekalian... Hari ini saya akan menyambung menulis mengenai Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath.. Pada post yang lepas, saya sudah terangkan mengenai istilah pada titik huruf.. Jadi pada pembaca yang belum lagi membacanya, maka boleh melihatnya pada link ini : Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)

Ok. Sekarang kita akan berpindah pula pada istilah baris huruf. Istilah baris huruf ini agak senang kerana kita banyak sudah tahu istilahnya. Tapi saya akan terangkan juga secara terperinci supaya antum semua mendapat faedah daripadanya.

Friday, December 21, 2012

Pengenalan Istilah-Istilah Baris Dalam Kitab Turath (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum… selamat sejahtera saya ucapkan kepada antum sekalian. Seperti yang saya janjikan pada post lalu, saya akan terangkan istilah – istilah harakah (baris) secara terperinci pada post kali ini. Sebelum itu saya ingin memberi pendahuluan dahulu mengenai istilah ini. Bagi sesiapa yang belum lagi membaca Tips – tips untuk menjadi mahir membaca kitab arab (kitab turath) boleh membacanya dahulu sebelum membaca post ini.^^

Pada zaman dahulu, huruf – huruf bahasa arab tiada titik dan tiada baris. Jadi para ulama’ telah bersepakat untuk meletakkan titik dan baris supaya mudah untuk para pembaca mengenal huruf dalam bahasa arab. Saya di sini tidak mahu menceritakan sejarah bermulanya titik dalam huruf bahasa arab kerana takut panjang post ini nanti. Jadi istilah – istilah sebegini digunakan dalam kitab turath untuk membuktikan kepada kita bahawa bahasa arab adalah bahasa yang sangat terperinci sehinggakan dengan berubahnya titik dan baris boleh membawa kepada makna yang lain malah boleh membawa makna yang berlawanan dari asal. Jadi pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada antum semua apa yang saya tahu mengetahui istilah – istilah ini.

Saya yang lemah ini, telah membahagikan istilah ini kepada tiga : 
1.       Titik huruf
2.       Baris huruf
3.       Bentuk perkataan

Jadi saya akan terangkan mengenai istilah pada titik huruf dahulu ye ^_^.


Tuesday, December 18, 2012

Tips – tips untuk menjadi mahir membaca kitab arab (kitab turath)



Assalamualaikum.. sudah lama tidak menulis kerana sejak kebelakangan ini, saya begitu sibuk dengan imtihan , urusan pendaftaran madah, pembelian tiket untuk keluar ke jalan Allah di France, nusrah Jemaah, dan sebagainya.. hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca – pembaca sekalian mengenai kaedah – kaedah untuk mahir membaca dan memahami kitab arab (kitab turath). Saya bukanlah begitu mahir, tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya dari mula sehinggalah saya dapat memahami kitab turath. Saya yakin ramai lagi yang hebat dan mahir membaca kitab arab.

    Tetapi sebenarnya, yang saya ingin tekankan di sini adalah membaca dengan baris yang betul dan pemahaman dalam konteks. Memang ramai yang pandai membaca tapi bukannya dengan pembacaan yang baik dan pemahaman yang bagus. Kerana sekiranya kita tidak mendalaminya, kita akan salah memahami konteks ayat dan apa yang ingin penulis sampaikan. Saya sangat teringin memberitahu kepada antum semua yang ilmu membaca kitab turath ini sangat sangat penting kerana kesalahan membacanya akan menjurus kepada kefahaman yang salah. Betul , saya x tipu.. kadang – kadang kita baca satu muka surat, kita faham lain. Esoknya kita baca kembali dengan kefahaman yang berbeza dari hari semalam. Ini adalah perkara yang lazim berlaku kepada mereka yang baru bermula dan ingin berjinak – jinak dengan kitab turath.


Friday, November 30, 2012

Laa tahzan innallaha ma’ana…


“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita” (9 : 40)




Wahai saudaraku yang diredoi Allah,
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya itu adalah ujian daripada Allah tuhan sekalian alam. Dialah tuhan yang menurunkan hujan dari khazanahnya, mencipta langit tanpa tiang, menjadikan gunung – ganang sebagai pasak, menciptakan mata untuk manusia melihat, memberi makhluknya telinga untuk mendengar. Maka tiada tuhan melainkanNya. Dialah satu – satunya tuhan yang disembah dan Dialah Yang Maha Esa. Hanya kepadaNyalah kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita kembali.

Duhai saudaraku yang soleh,
Ketahuilah sesungguhnya tiada satupun makhluk di muka bumi ini layak hidup melainkan dengan izinNya. Maka dahulunya manusia ini adalah tanah, tanah yang berada di bawah daripada yang lain, yang dipijak, yang tidak dipandang.

Tetapi Dia telah menjadikan manusia daripada tanah lalu mengangkat manusia menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi untuk mengagungkan namaNya dan membawa suruhanNya. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman dalam surah al-Baqarah (2 : 30) :

Wednesday, November 28, 2012

Kepentingan Mempelajari Bahasa Arab


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? (كيف حالكم جميعا), selamat pagi (صباح الخير) kepada mereka yang berada di Jordan sekarang dan selamat petang (مساء الخير) kepada mereka yang berada di Malaysia tanah airku yang tercinta. Hari ini saya akan berkongsi mengenai beberapa kepentingan mempelajari bahasa arab. Pada post yang lalu, saya telah cerita kepada kamu semua mengenai faedah – faedahnya kan. Mungkin nampak macam sama sedikit tetapi kali ini saya akan terangkan secara lebih mendalam. Saya bukanlah begitu pandai dalam bahasa arab, tetapi niat saya adalah semua orang yang membaca artikel ini akan dapat manfaat daripadanya. (^_^).

Ok.. hari tu kan saya sudah terangkan yang bahasa arab ini sebenarnya tidaklah susah. Mungkin kita akan dapati kesusahannya pada peringkat permulaan, tetapi sekiranya kita sudah menguasai sedikit, insya Allah kita boleh lakukan. Kita janganlah anggap yang bahasa arab ini susah maka kita tidak perlu belajar. Tetapi kita anggaplah bahawa kita mempelajari bahasa arab ini sebab ia adalah

Tuesday, November 27, 2012

Faedah Mempelajari Bahasa Arab


Assalamualaikum,

Hari ini saya akan mengisi di sini mengenai kelebihan – kelebihan mempelajari bahasa arab sepertimana yang telah saya sebutkan pada post yang lepas. Saya akan terangkan kepada kamu semua dengan keterangan yang ringkas bukan terperinci kerana maksud saya menulis blog ini adalah untuk ringkasan dan padat tidak panjang. Oleh sebab itu saya namakannya Awjazul Masalik (jalan – jalan yang paling ringkas) iaitu maksudnya secara ringkas. Sesungguhnya saya telah namakan blog ini Awjazul Masalik ila Ma’rifati Ibn Malik (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan Ibn Malik) dan telah dinisbahkan kepada Ibn Malik bukan maksudnya untuk mengenal Ibn Malik secara hakiki, sebenarnya itu adalah Majaz mursal ‘alaqatuh sababiyah (dalam ilmu balagah) iaitu dia menjadi sebab dan mengarang kitab nahu yang terkenal yang dinamakan sebagai alfiyah Ibn Malik. Yang saya maksudkan adalah Awjazul Masalik ila Ma’rifati I’lm an-nahwi (jalan – jalan yang paling ringkas kepada pengenalan ilmu nahu) maka saya telah nisbahkan dia kepada nama blog ini sebagai isyarat kepada ilmu nahu. Saya suka mengaplikasikan apa yang telah saya belajar dalam ilmu balagah sehinggalah penulisan saya menjadi tinggi balagahnya dalam gaya bahasa dan penggunaan ayat. Demikian juga saya ingin menunjukkan kepada kamu kepada keindahan bahasa arab dan gaya bahasanya serta maknanya yang mendalam dan sebagainya.

Monday, November 26, 2012

Bahasa Arab Adalah Bahasa Yang Indah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam (2), Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (3) Yang Menguasai hari pembalasan (4) Hanya Engkau sahajalah yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6) Iaitu jalan orang - orang yang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang - orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang - orang yang sesat (7)

Sesungguhnya saya telah memulakan blog ini yang mana ini adalah post pertama dengan dimulai dengan surah al-Fatihah kerana saya ingin memuliakan ayat al-Quran al-Karim kerana ia adalah sebaik - baik kalam berbanding dengan kalam makhluk dan saya menganggap blog ini sebagai risalah ilmiyah kepada mereka yang berilmu di mana saya akan membincangkan mengenai bahasa arab dan kaedah - kaedahnya untuk kamu semua mengambil manfaat